BERITA SEMASALUAR NEGARA

Kanada balas tarif AS, kenakan duti sehingga 50 peratus

OTTAWA – Barangan seperti keluli, aluminium, perabot dan pakaian dari Amerika Syarikat (AS) bakal berdepan tarif sehingga 50 peratus apabila Kanada mengambil langkah balas terhadap dasar perdagangan Washington.

Kerajaan Kanada mengumumkan tarif timbal balik masing-masing sebanyak 15 peratus, 25 peratus dan 50 peratus ke atas lebih 700 jenis barangan AS bernilai keseluruhan kira-kira AS$20 bilion.

Menerusi kenyataan, Kerajaan Kanada memaklumkan tarif terbabit akan berkuat kuasa pada 8 September.

“Tarif terbabit akan berkuat kuasa pada 8 September,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut seorang pegawai kerajaan Kanada, Kanada mengenakan tarif timbal balik 50 peratus ke atas keluli, aluminium, perabot dan pakaian, manakala tarif 25 peratus dikenakan terhadap keju, peralatan elektrik dan sesetengah produk makanan laut.

Tarif 15 peratus pula dikenakan ke atas barangan elektronik dan peralatan.

Langkah itu sebagai tindak balas terhadap tarif 50 peratus yang dikenakan AS ke atas barangan Kanada bernilai AS$20 bilion dan mula berkuat kuasa pada hujung minggu lepas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button