Trump lanjutkan penangguhan tarif tinggi ke atas barangan China selama 90 hari
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif melanjutkan tempoh penangguhan kenaikan tarif terhadap barangan China selama 90 hari, lapor United Press International.
Keputusan itu yang pertama kali dilaporkan CNBC, dibuat beberapa jam sebelum tarikh akhir pada pukul 12.01 tengah malam (waktu tempatan), di mana tarif terhadap barangan China dijadualkan meningkat daripada 30 peratus kepada 64 peratus.
Lanjutan sehingga 9 November itu diumumkan susulan kemajuan dicapai dalam rundingan antara perunding perdagangan Washington dan Beijing di Stockholm, Sweden, bulan lalu.
“Saya baru sahaja menandatangani perintah eksekutif yang akan melanjutkan penggantungan tarif ke atas China selama 90 hari lagi. Semua elemen lain perjanjian kekal sama,” kata Trump menerusi platform Truth Social.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, Beijing berharap AS akan bekerjasama untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai semasa perbualan telefon antara kedua-dua ketua negara.
Minggu lalu, Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, turut menyatakan keyakinan terhadap kemampuan perjanjian perdagangan dengan China untuk dicapai.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








