Malaysia dikenakan tarif 19 peratus oleh Amerika Syarikat
WASHINGTON – Malaysia kini dikenakan tarif sebanyak 19 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) susulan pelaksanaan perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden negara itu, Donald Trump, semalam.
Perincian mengenai pelarasan kadar tarif timbal balas itu telah dinyatakan dalam dokumen rasmi bertarikh 31 Julai yang turut dimuat naik menerusi laman sesawang Rumah Putih.
Terdahulu, Trump menetapkan kadar tarif sebanyak 25 peratus terhadap Malaysia.
Walau bagaimanapun, difahamkan kadar tersebut telah dikurangkan selepas satu perbualan telefon diadakan antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Dalam kenyataan Rumah Putih, negara-negara yang belum menandatangani perjanjian perdagangan atau menerima notis rasmi mengenai tarif dari pentadbiran Trump akan diberikan makluman selewat-lewatnya tengah malam ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








