Malaysia gesa manfaatkan gencatan senjata AS-Iran ke arah penyelesaian kekal
PUTRAJAYA – Malaysia menyeru semua pihak agar memanfaatkan ruang yang terhasil susulan perjanjian gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran bagi meneruskan rundingan ke arah penyelesaian yang menyeluruh serta berkekalan.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan, perkembangan tersebut dilihat sebagai satu langkah penting dalam usaha meredakan ketegangan, sekali gus memulihkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Barat.
Menurut kenyataan itu, semua pihak perlu menghormati sepenuhnya serta melaksanakan setiap terma yang dipersetujui dalam gencatan senjata bagi mengelakkan konflik berlarutan.
“Semua pihak juga hendaklah mengelakkan daripada sebarang tindakan provokatif atau langkah unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan di rantau tersebut serta menggugat kestabilan ekonomi dan tenaga global,” menurut Kementerian Luar atau dikenali sebagai Wisma Putra.
Baca juga : Wisma Putra saran rakyat Malaysia terjejas akibat konflik Asia Barat segera dapatkan penerbangan komersial
Dalam pada itu, Malaysia turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha diplomatik sehingga termeterainya perjanjian berkenaan.
Tegas Wisma Putra, komitmen berterusan daripada semua pihak amat penting bagi memastikan momentum ke arah keamanan dapat dikekalkan, sekali gus mengelakkan sebarang ketegangan baharu di rantau tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








