LUAR NEGARA

Perang 12 hari tamat: Trump umum Israel-Iran setuju laksana gencatan senjata

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan Iran dan Israel bersetuju melaksanakan gencatan senjata secara menyeluruh.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas Iran melancarkan peluru berpandu ke pangkalan tentera AS di Qatar namun dipintas pihak berkuasa negara itu.

“Tahniah kepada semua! Sudah dipersetujui sepenuhnya antara Israel dan Iran akan berlangsung satu gencatan senjata sepenuhnya dan menyeluruh (kira-kira 6 jam dari sekarang, setelah Israel dan Iran menamatkan dan menyelesaikan misi terakhir mereka yang sedang berlangsung!), selama 12 jam, dan pada ketika itu perang akan dianggap tamat,” katanya.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan Iran dan Israel bersetuju melaksanakan gencatan senjata.

Dalam masa sama, Trump menyatakan keyakinannya perjanjian ini merupakan langkah penting ke arah penamatan konflik yang telah mengakibatkan ketegangan ketara di Asia Barat sejak beberapa minggu lalu.

Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada Tel Aviv mahupun Tehran berhubung butiran perjanjian tersebut.

Bagaimanapun, pengumuman oleh Washington dilihat sebagai perkembangan diplomatik yang signifikan di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa mengenai potensi tercetusnya perang besar-besaran di rantau itu.

Terdahulu Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas dua buah pangkalan AS di Iraq dan Qatar, malam tadi.

Serangan itu dilancarkan ke atas Pangkalan Udara Al-Harir di Iraq dan Pangkalan Udara al-Udeid di Qatar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button