
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat serangan Iran ke atas Qatar – Kementerian Luar
PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia yang terjejas akibat serangan Iran ke atas Pangkalan Udara al-Udeid milik Amerika Syarikat (AS) di Qatar, awal pagi tadi.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, rakyat Malaysia di negara itu bagaimanapun dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan keselamatan tempatan dan kekal berhubung dengan kedutaan untuk mendapatkan maklumat serta nasihat terkini.
“Kementerian Luar sedang memantau secara rapi situasi keselamatan semasa di Qatar.
“Ia dilakukan dengan terus menjalinkan komunikasi rapat bersama pihak berkuasa tempatan serta rakyat Malaysia yang berdaftar, selain memantau perkembangan semasa di lapangan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Doha.
BACA LAGI:
Iran lancar serangan ke atas pangkalan AS di Iraq, Qatar
Perang 12 hari tamat: Trump umum Israel-Iran setuju laksana gencatan senjata
“Keselamatan dan kebajikan warganegara Malaysia kekal sebagai keutamaan kerajaan. Kementerian bersama agensi berkaitan, akan terus menilai keadaan dan mengambil langkah yang sewajarnya.
“Ia bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Qatar,” katanya dalam kenyataan itu.
Sementara itu, sekurang-kurangnya empat dilaporkan terbunuh dalam serangan peluru berpandu terbaharu Iran ke atas Israel, tengah hari tadi.
Serangan itu dilancarkan sejurus sebelum waktu gencatan senjata diumumkan Presiden AS, Donald Trump bermula.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |