LUAR NEGARA

Pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan Israel di Gaza

KAHERAH – Timbalan Menteri Buruh dalam pentadbiran Hamas, Ehab al-Ghussein bersama tiga yang lain terkorban dalam serangan udara Israel di Gaza.

Menurut laporan media tempatan, Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin menemui empat mayat dan menyelamatkan orang ramai yang cedera selepas pesawat Israel mengebom sebuah bangunan sekolah yang melindungi sejumlah besar penduduk yang kehilangan tempat tinggal di pinggir bandar Gaza.

Katanya, semua mangsa dibawa ke Hospital Arab al-Ahli di bandar berkenaan.

Rakyat Palestin yang terbunuh dan cedera ditempatkan di Hospital Syahid Al-Aqsa selepas Israel melakukan serangan ke atas kem pelarian Nuseirat yang menyebabkan 16 orang terbunuh dan 75 yang lain cedera.

Sekurang-kurangnya 38,153 rakyat Palestin terbunuh, manakala 87,828 orang cedera dalam perang Israel ke atas Palestin sejak perang tercetus 7 Oktober tahun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button