BERITA SEMASALUAR NEGARA

Presiden Palestin kutuk tindakan tentera Israel conteng dinding masjid

JENIN – Presiden Palestin mengutuk tindakan tentera Israel yang menconteng dinding masjid di Tebing Barat dengan tulisan bacaan doa Yahudi.

Berdasarkan rakaman video yang diperoleh AFP, tentera Israel berada di dalam masjid di kem pelarian Jenin menggunakan pembesar suara untuk membaca ‘Shema Yisrael’, iaitu doa dalam agama Yahudi.

Turut kedengaran dalam klip tersebut, tentera Israel ketawa di luar masjid dan lagu Hanukkah iaitu perayaan bagi meraikan rampasan Baitulmaqdis, dinyanyikan oleh tentera tersebut dengan menggunakan pembesar suara.

Menurut Jurucakap presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh, perbuatan tentera penjajah Israel terhadap masjid di kem Jenin adalah kelakuan yang memalukan, mengaibkan dan perlu dikecam.

Tegas beliau, tindakan ‘mencemari kesucian’ masjid itu akan mengheret wilayah itu ke dalam perang agama dan tindakan tentera Israel itu akan ada kesan balasnya.

“Api perang agama yang ingin dicetuskan oleh Israel tidak akan terhad kepada wilayah Palestin sahaja, sebaliknya akan meluas ke seluruh dunia jika ia tetap berdiam diri mengenai jenayah dan pencabulan hak rakyat Palestin,” katanya memetik laporan AFP.

Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa terutama Amerika Syarikat (AS), untuk memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pencabulan terhadap rakyat Palestin, harta benda dan kesucian umat Islam.

Dalam pada itu, Jurucakap tentera, Daniel Hagari, askar terbabit sudah disingkirkan daripada tugas operasi bagi menghadapi prosedur tatatertib.

Katanya, langkah sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi nilai Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Kementerian Antikuiti Hamas menganggarkan lebih daripada 100 masjid musnah di Gaza selepas Israel membedil wilayah itu selama berminggu-minggu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button