ZRA gesa Malaysia heret Israel ke mahkamah antarabangsa
KUALA LUMPUR – Peserta misi kemanusiaan Sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad, menggesa kerajaan Malaysia mengambil langkah tegas dengan membawa Israel ke mahkamah antarabangsa susulan kelulusan undang-undang kontroversi dikenali sebagai Death Penalty for Terrorists Law (2026).
Beliau yang lebih dikenali sebagai ZRA berkata, Malaysia perlu memainkan peranan lebih proaktif sebagai sebuah negara Islam dalam mempertahankan hak asasi rakyat Palestin yang didakwa semakin terancam.
“Kerajaan Malaysia perlu tampil sebagai negara Islam pertama yang mengambil tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa terhadap rejim Zionis ini yang secara terang-terangan melanggar hak asasi manusia,” katanya dalam satu perkongsian secara langsung di aplikasi TikTok hari ini.
Zainal turut berkata, tindakan melalui saluran undang-undang antarabangsa, termasuk di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), adalah penting bagi memberi tekanan kepada Israel serta menegakkan prinsip keadilan sejagat.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan ramai aktivis dan pakar perundangan antarabangsa bersedia untuk membantu Malaysia sekiranya negara ini mengambil langkah berani tersebut.
“Ramai aktivis undang-undang sedia membantu Malaysia dalam jihad undang-undang ini bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan,” katanya lagi.
Terdahulu, undang-undang berkenaan mencetuskan kecaman meluas komuniti antarabangsa kerana didakwa bersifat diskriminasi serta berpotensi menyasarkan rakyat Palestin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















