BERITA SEMASALUAR NEGARA

Trump tandatangani perintah eksekutif isytihar hanya iktiraf dua jantina

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif yang mengisytiharkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) hanya akan mengiktiraf dua jantina, lelaki dan wanita.

Menerusi perintah eksekutif itu juga, Trump turut menamatkan program “kepelbagaian, ekuiti dan inklusi” yang dianggap radikal dan membazir di agensi-agensi persekutuan.

Pegawai kanan Rumah Putih menjelaskan, kedua-dua perintah di bawah agenda pentadbiran Trump itu bertujuan untuk “mengembalikan kewarasan.”

Pegawai-pegawai itu berkata, perintah berkaitan jantina sebagai sebahagian daripada dasar melindungi wanita daripada ekstremisme ideologi jantina dan mengembalikan kebenaran biologi ke dalam Kerajaan Persekutuan.

“Perintah itu bertujuan untuk mewajibkan kerajaan persekutuan menggunakan istilah jantina dan mengarahkan Jabatan Negara dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri untuk memastikan dokumen rasmi kerajaan, termasuk pasport dan visa, mencerminkan jantina dengan tepat,” kata seorang pegawai.

Pada 2022, pentadbiran Biden membenarkan warganegara AS memilih tanda “X” yang neutral jantina pada pasport mereka.

“Perintah berkaitan jantina itu akan menghalang dana pembayar cukai digunakan untuk menambah privasi di ruang intim di kemudahan-kemudahan seperti penjara, tempat perlindungan migran dan tempat perlindungan mangsa rogol,” kata pegawai tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button