BERITA SEMASALUAR NEGARA

Trump puji Malaysia meterai perjanjian damai Thailand-Kemboja di pentas APEC

GYEONGJU – Peranan Malaysia sebagai pengantara utama dalam rundingan damai antara Thailand dan Kemboja terus mendapat pujian Donald Trump, yang menghargai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kejayaan beliau memeterai perjanjian bersejarah itu.

Dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Presiden Amerika Syarikat itu menyifatkan konflik antara kedua-dua negara jiran itu sebelum ini sebagai terlalu panas, namun berjaya diselesaikan hasil kebijaksanaan diplomasi Malaysia.

“Selepas kira-kira dua hari, dengan bantuan Malaysia yang bertindak sebagai pengantara, kita berjaya menamatkan rundingan itu. Kami menggunakan kemudahan yang sangat baik di Malaysia.

“Malaysia hebat dan banyak membantu dalam pelaksanaan perjanjian itu. Perdana Menteri (Anwar) juga seorang yang hebat. Saya baru sahaja meninggalkan beliau dan dalam tempoh dua hari, perjanjian itu ditandatangani,” katanya semalam.

Perjanjian damai bersejarah itu, dikenali sebagai Perjanjian Damai Kuala Lumpur, ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dengan Trump dan Anwar bertindak sebagai saksi rasmi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button