Sidang Kemuncak ASEAN: Trump dijadual tiba 26 Okt
KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijadualkan tiba di Malaysia pada 26 Okt bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di sini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ketibaan Trump dimaklumkan dalam mesyuarat jemaah menteri, Jumaat lepas.
“Jika ada perubahan, pihak Kementerian Luar akan maklumkan. Mengenai perincian (jadual) boleh rujuk sama ada Duta (AS), ASEAN dan Kementerian Luar nanti,” kata Fahmi.
Fahmi berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan ke Pusat Media Antarabangsa (IMC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.
Mengenai liputan media pada sidang berkenaan, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan berkata, seramai 2,854 pengamal media daripada 250 agensi tempatan dan antarabangsa sudah berdaftar bagi membuat liputan.
“Persiapan pusat media termasuk tempat wartawan bekerja saya lihat lebih baik, dan cukup dari segi kelengkapan.
“Umumnya apa disediakan kali ini terutamanya capaian internet jauh lebih baik,’ katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








