AMRENCANA

Rangkuman acara penting Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 (Kuala Lumpur, 2025)

1. Pembukaan Rasmi & Deklarasi Kuala Lumpur
– Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 membuka tirai dengan penyerahan Protokol Kedua Pindaan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) — langkah penting memperkukuh integrasi ekonomi serantau.
– Malaysia menegaskan komitmen ASEAN terhadap sistem perdagangan terbuka, berpaksikan peraturan dan berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global.

2. Keanggotaan Penuh Timor-Leste
– Timor-Leste disahkan sebagai anggota rasmi ASEAN ke-11, antara pencapaian besar di bawah Kepengerusian Malaysia.
– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkannya sebagai simbol keterangkuman dan kejayaan diplomasi ASEAN.

3. Perjanjian Damai Thailand–Kemboja (KL Accord Declaration)
– Majlis menandatangani Deklarasi Perjanjian Kuala Lumpur (KL Accord) disaksikan oleh Presiden AS Donald J. Trump dan Perdana Menteri Malaysia.
– Perjanjian menggariskan komitmen kedua-dua negara untuk mengundurkan senjata berat dan memusnahkan periuk api di sempadan, mengekalkan gencatan senjata yang dicapai pada Julai lalu.

4. Sidang Kemuncak ASEAN-PBB ke-15
– Menegaskan semula kepentingan Perkongsian Komprehensif ASEAN–PBB ke arah keamanan, keselamatan dan kelestarian rantau.
– Pelan Tindakan ASEAN–PBB 2026–2030 dilancarkan bagi menyokong pelaksanaan ASEAN 2045: Masa Depan Bersama Kita.
– Disertai oleh Setiausaha Agung PBB dan pemimpin ASEAN.

5. Sidang Kemuncak “ASEAN Plus Three” (APT)
– Dihadiri China, Jepun dan Korea Selatan.
– Menegaskan kepentingan kerjasama ekonomi dan daya tahan serantau dalam menghadapi krisis global.
– Malaysia menekankan APT sebagai landasan penting membina Asia Timur sebagai rantau peluang dan harapan dunia.

6. ASEAN dan FIFA Tandatangan MoU Baharu
– ASEAN dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memperbaharui MoU yang pertama kali ditandatangani pada 2019.
– Pengenalan kejohanan baharu Piala FIFA-ASEAN diumumkan — inisiatif memperkukuh pembangunan bola sepak di rantau ini.

7. Penyertaan Baharu dalam Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC)
– Finland secara rasmi menjadi negara ketiga menyertai TAC pada 2025 selepas Algeria dan Uruguay.
– Menjadikan jumlah keseluruhan kini 58 negara penandatangan, memperkukuh peranan ASEAN sebagai jambatan kerjasama antara benua.

8. Pertemuan Dua Hala Malaysia–Amerika Syarikat
– Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Donald J. Trump mengadakan perbincangan memperkukuh hubungan diplomatik sejak 1957.
– Menandatangani perjanjian perdagangan timbal balas bersama.
– Fokus kerjasama: perdagangan, pelaburan, tenaga, pertahanan, teknologi digital dan Kecerdasan Buatan (AI).
– Anwar turut berbicara secara terbuka mengenai isu Gaza, menyeru gencatan senjata dan keadilan kemanusiaan.

9. Pertemuan Dua Hala Malaysia – China, Vietnam, Singapura, New Zealand dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

10. Sidang Kemuncak ASEAN-Australia Ke-5
– Mempercepatkan pelaksanaan Pelan Tindakan ASEAN-Australia 2025-2029.
– Kerjasama dalam isu perubahan iklim, transformasi digital dan keselamtan serantau.

11. Sidang Kemuncak ASEAN New Zealand
– Menguatkan kerjasama multilateral dalam bidang keamanan, kemakmuran dan kelestarian.
– Menegaskan semula New Zealand sebagai rakan kongsi yang dipercayai ASEAN.

12. ACFTA 3.0 Ditandatangani
– ASEAN dan China menandatangani ASEAN-China Free Trade Agreement (ACFTA) 3.0 — memperluas akses pasaran, inovasi digital dan kerjasama ekonomi hijau.
– Malaysia menegaskan penandatanganan ini bukti ASEAN kekal bebas dan tidak tunduk kepada pengaruh kuasa besar.

13. Penutup Sidang dan Kejayaan Malaysia
– Sidang ditutup pada 28 Oktober 2025 dengan pengiktirafan terhadap kepimpinan Malaysia yang berlandaskan prinsip stabiliti politik, keharmonian sosial dan pertumbuhan ekonomi serantau.
– Kuala Lumpur disifatkan berjaya mengangkat imej ASEAN sebagai blok yang bersatu, matang dan berpandangan jauh.

14. Majlis penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 semalam turut menyaksikan penyerahan Kepengerusian ASEAN 2026 kepada Filipina. Penyerahan itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button