Deklarasi Kuala Lumpur dilancar sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46
KUALA LUMPUR – Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijadual berlangsung pada 26 hingga 27 Mei ini, Malaysia selaku tuan rumah akan melancarkan Deklarasi Kuala Lumpur di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata isi kandungan dokumen tersebut hanya akan diedarkan kepada media setelah ia dilancarkan secara rasmi.
“Kementerian Luar dan Sekretariat ASEAN 2025 akan memastikan media menerima beberapa dokumen yang terkandung dalam deklarasi tersebut,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Malaysia akan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di KLCC bermula 26 hingga 27 Mei.
Selain itu, dua mesyuarat peringkat tinggi turut dijadualkan berlangsung bersempena dengan persidangan tersebut, iaitu Sidang Kemuncak ASEAN–Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN–GCC–China.
Baca juga : Fahmi tinjau pusat media sempena Sidang Kemuncak Asean ke-46
Menurut laman web rasmi ASEAN 2025, Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Visi Komuniti ASEAN 2045 dijangka akan ditandatangani dan dilancarkan pada 26 Mei ini sempena sidang kemuncak berkenaan.
Fahmi menambah, dengan Kuala Lumpur sebagai lokasi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, ia merupakan peluang untuk negara mempamerkan kemajuan yang telah dicapai kepada delegasi yang akan hadir dalam persidangan tersebut
“Ini merupakan peluang yang amat baik untuk menunjukkan bahawa Malaysia, sebagai negara yang neutral, ingin menjalin hubungan baik dengan semua negara,” katanya.
Menjawab isu penutupan beberapa jalan utama di ibu negara, Fahmi berkata, sidang kemuncak kali ini berbeza berbanding sebelum ini susulan kejayaan Malaysia, melalui Kementerian Luar.
“Kali ini Wisma Putra berjaya menarik penglibatan enam negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bagi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Ke-2 serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China,” jelasnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








