Fahmi Fadzil tinjau persiapan pusat media Sidang Kemuncak Asean ke-46
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini meninjau persiapan di Pusat Media sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Selaku pengerusi dan tuan rumah ASEAN 2025,
Malaysia akan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di KLCC bermula 26 hingga 27 Mei.
Selain itu, dua mesyuarat peringkat tinggi turut dijadualkan berlangsung bersempena dengan persidangan tersebut, iaitu Sidang Kemuncak ASEAN–Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN–GCC–China.
Kedua-dua sidang itu bakal menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama serantau dan antara rantau.
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan beberapa latihan dan simulasi keselamatan bagi memastikan kelancaran perjalanan persidangan serta tahap keselamatan yang optimum sepanjang acara berlangsung.
Langkah tersebut diambil sebagai persiapan menyambut kehadiran pegawai kanan, menteri, serta ketua-ketua kerajaan ke ibu negara.
Baca juga : Malaysia anjur tiga sidang kemuncak ASEAN
Sebagai rekod, blok ASEAN terdiri daripada lima negara pengasas, iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina, manakala anggota lain termasuk Brunei, Laos, Vietnam, Kemboja dan Myanmar.
Negara-negara GCC pula terdiri daripada Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Oman dan Kuwait.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






