LUAR NEGARA

14 anggota Houthi terbunuh dalam serangan di selatan Hudaida

SANAA – Seramai 14 anggota kumpulan Houthi dilaporkan terbunuh manakala 19 lagi cedera dalam serangan pasukan bersekutu dengan kerajaan Yaman menyasarkan kedudukan kumpulan berkenaan di selatan bandar pelabuhan Hudaida, semalam.

Pasukan berkenaan menerusi National Resistance Forces dalam satu kenyataan memaklumkan serangan artikelri dan dron itu dilancarkan terhadap beberapa kedudukan Houthi dan mengenai sasaran dengan tepat.

Bagaimanapun, pihak Houthi setakat ini belum memberikan sebarang respons terhadap dakwaan berkenaan.

Serangan itu berlaku selepas Majlis Kepimpinan Presiden Yaman meluluskan langkah pencegahan lanjut terhadap Houthi, selain berikrar meneruskan usaha memulihkan institusi kerajaan serta menamatkan penguasaan kumpulan berkenaan di beberapa kawasan negara itu.

Menurut agensi berita rasmi Yaman, Saba, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat majlis yang dihadiri semua anggotanya bagi membincangkan perkembangan ketenteraan, keselamatan dan ekonomi serta strategi negara dalam menghadapi peningkatan ketegangan dengan Houthi.

Yaman menikmati tempoh tenang sejak 2022 apabila perang antara pasukan kerajaan dan Houthi yang menguasai ibu negara Sanaa pada 2014 dihentikan.

Namun, pertempuran kembali tercetus di beberapa wilayah sejak awal bulan lalu, termasuk Marib di tengah Yaman, Al-Jawf di utara serta Al-Dhale dan Taiz di barat daya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button