
Kapal kargo MV Magic Seas terbakar, hampir karam setelah diserang di Laut Merah
LONDON – Kapal kargo MV Magic Seas dilaporkan terbakar dan hampir karam setelah diserang dan terbakar di Laut Merah, menurut agensi maritim, Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO).
Laporan al-Jazeera yang memetik kenyataan UKMTO, serangan berlaku kira-kira 94km (51 batu nautika) di barat daya pelabuhan Hodeidah, Yaman.
“Kapal kargo tersebut didekati oleh beberapa bot kecil yang kemudian melepaskan tembakan menggunakan senjata ringan dan pelancar grenad,” kata kenyataan itu.
Serangan tersebut menyebabkan kapal milik Greece yang berdaftar di bawah bendera Liberia itu terbakar dan mula dimasuki air hingga memaksa semua anak kapal meninggalkan kapal tersebut.
Kenyataan itu kemudiannya berkata, kesemua anak kapal itu diselamatkan oleh sebuah kapal dagang yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
UKMTO turut mengesahkan bahawa āsemua anak kapal berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaanā.
Sementara itu, sebuah firma keselamatan maritim swasta UK, Ambrey dalam satu kenyataan berasingan memaklumkan, kapal kargo tersebut telah diserang oleh empat kenderaan permukaan tanpa pemandu (USV).
āDua daripada USV tersebut telah melanggar bahagian kiri kapal, menyebabkan kerosakan pada muatan kapal,ā menurut Ambrey.
Walaupun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab setakat ini, Ambrey menyatakan bahawa serangan itu sepadan dengan ācorak serangan yang lazim dilakukan oleh kumpulan Houthi.ā
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








