Trump tangguh serangan ke atas Iran, beri ruang rundingan damai
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilapor menangguhkan rancangan serangan ketenteraan baharu terhadap Iran selepas menerima gesaan beberapa negara Teluk yang mahu peluang rundingan damai di Asia Barat diteruskan.
Beliau berkata, keputusan menangguhkan serangan yang dijadualkan hari ini dibuat susulan permintaan pemimpin Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menerusi kenyataan di platform Truth Social, Trump memaklumkan negara-negara Teluk berkenaan melihat masih terdapat ruang untuk mencapai perjanjian damai bagi menamatkan konflik yang berlarutan di rantau Asia Barat.
“Rundingan yang sedang berlangsung berpotensi menghasilkan perjanjian yang sangat boleh diterima oleh AS. Tiada senjata nuklear untuk Iran,” katanya.
Menurutnya, keputusan itu juga dibuat selepas Iran memberi amaran akan melancarkan serangan balas sekiranya AS dan Israel menamatkan tempoh gencatan senjata yang kini memasuki minggu keenam.
Trump sebelum ini melanjutkan tempoh gencatan senjata tanpa menetapkan tarikh akhir, ketika konflik tersebut semakin menjadi tekanan politik terhadap pentadbirannya.
Beliau dilaporkan menyediakan pelan serangan baharu selepas Tehran menolak syarat perjanjian damai yang dikemukakan Washington sebelum ini.
Bagaimanapun, Trump menegaskan beliau sudah mengarahkan tentera AS bersiap siaga untuk melancarkan serangan berskala penuh pada bila-bila masa sekiranya rundingan damai gagal mencapai persetujuan yang memuaskan Washington.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















