BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis sahkan terima laporan pelakon lelaki jadi mangsa amang seksual

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan kejadian seks luar tabii yang dikaitkan dengan seorang pelakon lelaki tempatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, laporan berkenaan diterima pada pukul 6.11 petang, semalam.

Menurutnya, kes itu melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kes ini masih dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sebelum itu, sebuah portal berita melaporkan seorang pelakon lelaki, Alqal Sahar, mendedahkan pengalaman silamnya ketika masih kanak-kanak apabila mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Pendedahan tersebut dibuat menerusi hantaran di laman Threads, apabila pelakon berkenaan mendakwa pernah diliwat oleh individu dalam keluarganya sendiri yang didakwa mempunyai pengaruh dalam industri seni.

Bagaimanapun, mStar melaporkan bahawa Alqal menjelaskan bahawa beliau bukan diliwat tetapi menjadi mangsa amang seksual.

Alqal sebelum ini pernah membintangi beberapa drama televisyen popular, antaranya Diari Ramadhan Rafique.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button