Kes amang seksual terhadap remaja 17 tahun: Penyanyi terkenal didakwa hari ini
PUTRAJAYA – Seorang pelakon dan penyanyi terkenal akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.
Baca juga : Penyanyi ditahan polis susulan dakwaan amang seksual terhadap remaja perempuan
Sebelum ini, media melaporkan suspek ditahan polis bagi membantu siasatan kes amang seksual ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.
Terdahulu, polis menerima laporan daripada ibu remaja itu pada 3 Jun lalu, mendakwa bahawa anak perempuannya menjadi mangsa gangguan seksual selepas mengenali suspek di sebuah kafe tempat gadis terbabit bekerja.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








