Kemurungan ketika pemeriksaan kesihatan sekolah bongkar rahsia murid 12 tahun dicabul bapa
BATU PAHAT – Seorang buruh sawit direman tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya sejak tahun lalu.
Majistret Nurasidah A Rahman mengeluarkan perintah reman terhadap seorang buruh sawit berusia 53 tahun sehingga Selasa ini.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, lapor Buletin TV 3.
Kejadian yang menimpa murid berusia 12 tahun itu terbongkar selepas mangsa menjalani pemeriksaan kesihatan rutin di sekolahnya.
Pasukan perubatan melihat murid terbabit kemurungan dan menyendiri lalu bertanyakan masalah dihadapinya yang mendorong dia menceritakan dirinya mangsa jenayah seksual bapa kandung sejak tahun lalu.
Mangsa yang sebelum ini tinggal bersama ibu saudara selepas ibu bapanya bercerai memaklumkan kejadian terbaru berlaku pada 3 Mei lalu di rumah bapanya dalam daerah ini, selain dia diajak menonton video lucah sejak Februari lalu.
Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) bagi menjalani pemeriksaan sebelum membuat laporan polis semalam.
Susulan laporan itu, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Khas/ Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menahan suspek pada jam 10.35 malam tadi dan merampas telefon bimbitnya untuk membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








