Empat remaja lelaki dituduh lakukan amang seksual fizikal ke atas pelajar perempuan
BALING – Empat remaja lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak, di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal secara berasingan terhadap seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun.
Kesemua tertuduh yang diiringi waris masing-masing, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim Rohaida Ishak, lapor BH Online.
Prosiding kes dilakukan secara tertutup.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan terbabit di ladang sawit Becah Sawa, Siong dan di dalam kelas sebuah sekolah menengah di sini.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada Jun, Julai dan Ogos lalu.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md Salleh, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin serta menetapkan 27 November depan sebagai tarikh sebutan semula.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







