Pemangku Sultan Johor terima menghadap Ketua pesuruhjaya SPRM
JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, di sini, hari ini.
Antara perkara utama yang dibincangkan ialah usaha memperkukuh integriti, tadbir urus dan pencegahan rasuah, selain isu-isu semasa berkaitan peranan SPRM dalam meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap agensi penguatkuasaan.
Abd Halim turut menyampaikan sembah taklimat mengenai perkembangan semasa SPRM serta inisiatif agensi itu dalam memperkukuh usaha pencegahan rasuah.
Beliau menzahirkan setinggi-tinggi junjung kasih atas perkenan Tunku Mahkota Ismail menerima menghadap dan berkenan mendengar sembah taklimat berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








