BERITA SEMASA

Amang seksual kanak-kanak, peniaga warga Pakistan didakwa

KOTA BHARU – Seorang peniaga warga Pakistan berusia 50 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun pada 14 Jun lalu.

Tertuduh, Muhammad Iqbal, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah.

Menurut pertuduhan, Muhammad Iqbal didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal ke atas kanak-kanak tersebut di sebuah kedai runcit pada pukul 11 malam, 14 Jun lalu.

Kes tersebut didakwa mengikut Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah juga memutuskan untuk tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Julai depan bagi serahan dokumen.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button