BERITA SEMASA

Kemuka dokumen palsu: bekas setiausaha persatuan didakwa esok

KOTA KINABALU – Bekas setiausaha persatuan yang juga seorang guru besar bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu esok atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan peruntukan khas berjumlah RM85,000.

Suspek disyaki memalsukan dokumen untuk permohonan pembinaan pejabat pentadbiran persatuan, dan sebelum ini pernah berdepan lapan pertuduhan berasingan berkaitan kesalahan sama.

Suspek kini digantung tugas dan akan didakwa di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 9.40 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

Suspek dipercayai mengemukakan dokumen palsu dalam permohonan kepada Ketua Menteri Sabah untuk mendapatkan peruntukan khas berkenaan.

Difahamkan, suspek sebelum ini pernah menghadapi lapan pertuduhan di mahkamah sama pada 21 Mei 2024 mengikut Seksyen 471 dan Seksyen 107(c) Kanun Keseksaan dan kes berkenaan masih dalam perbicaraan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa suspek akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Kes ini melibatkan penyalahgunaan kuasa dan pemalsuan dokumen bagi mendapatkan wang peruntukan khas kerajaan negeri.

“SPRM memandang serius kes seumpama ini kerana ia melibatkan dana awam,” katanya

Kes berkenaan dijangka disebut di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu pada pagi esok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button