
Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat didakwa terima rasuah RM77,000
KUALA LUMPUR – Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, didakwa atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM77,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Salwani Anuar, 27, yang juga merupakan pengawal sebuah syarikat, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.
Suaminya sebelum ini turut menghadapi tuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang hasil aktiviti haram sebanyak RM50,000, RM7,000 dan masing-masing RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik syarikat tersebut.
Kesalahan itu didakwa berlaku di sebuah bank di Damansara Heights antara 24 November 2024 hingga 25 November 2025.
Bagi keempat-empat pertuduhan, Salwani didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001, dibaca bersama Seksyen 87(1)(a) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








