JENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar kes pijak al-Quran dijangka didakwa tidak lama lagi

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar universiti yang tular selepas didakwa memuat naik gambar memijak al-Quran di media sosial dijangka akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Menurut sumber, individu terbabit dijangka berdepan pertuduhan “tidak lama lagi” susulan siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa.

Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) itu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai memuat naik gambar berkenaan di platform Threads sehingga mencetuskan kemarahan ramai.

Perkongsian tersebut menerima kecaman meluas pengguna media sosial yang menyifatkannya sebagai satu tindakan menghina agama dan mencetuskan provokasi.

Susulan itu, polis menahan pelajar berkenaan untuk siasatan lanjut.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut merakam percakapan individu terbabit sebagai sebahagian daripada siasatan.

Kes disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kerana memuat naik kandungan yang berpotensi menghasut kebencian, menimbulkan ketegangan awam dan menggugat keharmonian negara.

Jika sabit kesalahan, individu tersebut boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button