JENAYAH & MAHKAMAH

Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara serentak

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan memohon supaya empat kes menggunakan kedudukan dan tiga kes pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibicarakan bersama.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika semua kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.

Memetik laporan Berita Harian, Wan Shaharudin berkata, pendakwaan memfailkan permohonan itu semalam dan ia diserahkan kepada peguam bela hari ini.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan pada atau sebelum 30 Jun ini bagi pembelaan menjawab permohonan itu dan turut menetapkan 14 Julai bagi pendakwaan membalasnya.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini untuk menghadiri prosiding sebutan kes pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti BERSATU dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.41 pagi tadi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dan Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilihat turut hadir di pekarangan mahkamah pada jam 8.55 pagi bagi memberi sokongan moral kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button