JENAYAH & MAHKAMAH

Mahkamah arah ejen hartanah tikam wanita jalani penilaian psikiatri

ALOR SETAR – Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan ejen hartanah yang menikam seorang wanita di Titi Gajah pada 17 Mei lalu, dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk penilaian psikiatri.

Hakim N Priscilla Hemamalini membenarkan tertuduh, Muhammad Ilhamni Badaruddin, 32, dirujuk ke hospital berkenaan mengikut Sesyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Permohonan tersebut dibuat oleh peguam tertuduh, Mohd Hakim Hamran.

Terdahulu, tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button