JENAYAH & MAHKAMAH
Remaja perempuan cedera ditikam individu tidak dikenali ketika menunggang motosikal
MELAKA – Seorang remaja perempuan cedera setelah dipercayai ditikam individu tidak dikenali ketika sedang menunggang motosikal di Solok Tangga Batu, Tanjung Kling, di sini petang tadi.
Kejadian difahamkan berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika remaja berkenaan sedang menunggang motosikal seorang diri sebelum sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dipercayai mendekatinya lalu bertindak menikamnya dari belakang, lapor portal Malaysia Gazaette.
Mangsa yang cedera kemudian diselamatkan orang awam sebelum ambulans tiba di tempat kejadian dan membawanya ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Setakat ini, pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden berkenaan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







