JENAYAH & MAHKAMAH

Suspek larikan diri selepas tikam kenalan wanita ditahan polis

ALOR SETAR – Polis menahan seorang suspek yang melarikan diri selepas menikam seorang wanita di dalam sebuah kereta di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah, Kepala Batas, di sini, malam tadi, ditahan polis, awal pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, penangkapan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali.

Katanya, suspek yang juga lelaki berusia 32 tahun itu dijangka akan direman hari ini.

“Ya. Suspek berjaya ditangkap dan akan direman hari ini, ” katanya melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita cedera tikam di bahagian kanan leher oleh lelaki yang dikenalinya di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, di sini, malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku 9.19 malam dan mangsa wanita berusia 35 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button