JENAYAH & MAHKAMAH

Suspek kes tikam di sekolah ada masalah keupayaan belajar – Polis

KLANG – Suspek kes tikam yang membunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya kelmarin, mempunyai masalah keupayaan belajar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, perkara itu memang diketahui pihak sekolah di mana suspek turut menjalani sesi kaunseling.

“Memang pihak sekolah mengetahui (suspek ada masalah) tetapi bukan berkaitan dengan insiden berkenaan.

“Dia adalah masalah tentang personaliti iaitu dari segi keupayaan belajar,” katanya.

Shazeli berkata demikian selepas walkabout bersama usahawan Little India sempena Deepavali, di sini hari ini.

Tambahnya, tidak adil untuk pihak polis menyatakan keadaan mental suspek kerana ia bidang kuasa pakar psikiatri.

“Jadi kita perlu merujuk kepada pakar yang sepatutnya. Dari segi fizikal, keadaan semasa nampak okay. Itu saja saya boleh katakan.

“Setakat siasatan sehingga kini, saya dimaklumkan bahawa dia ada menjalani proses kaunseling pemulihan untuk memperbaiki dari segi kaedah pembelajaran dia, bukan dari segi kesihatan mental,” katanya lagi sambil menambah, suspek turut memberikan kerjasama dan membantu siasatan polis.

Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini dua lagi individu dirakam keterangan menjadikan keseluruhan 59 individu terdiri membabitkan pelajar, guru, ahli keluarga serta wakil kaunselor sekolah.

Kelmarin, negara digemparkan dengan insiden tikaman di sekolah yang menyebabkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun meninggal dunia.

Suspek yang juga pelajar Tingkatan Satu sekolah sama berjaya ditahan dan direman tujuh hari sejak semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button