Warga emas didakwa buat ugutan bunuh ADUN Merlimau ditahan
MELAKA TENGAH – Pihak polis dilaporkan telah menahan seorang warga emas selepas dia disyaki membuat ugutan bunuh terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, semalam.
Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek yang juga pemilik bengkel berusia 68 tahun itu ditahan di kawasan Kandang, Melaka, pada kira-kira pukul 4 petang susulan satu laporan dibuat seorang pesara kerajaan berhubung ugutan berkenaan, kata portal SH Online.
Kata Christopher, pengadu berusia 62 tahun memaklumkan ketika berada dalam bengkel di Bukit Duyong pada Rabu lalu, individu tersebut telah melahirkan ketidakpuasaan hati terhadap Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau kerana tindakan wakil rakyat itu dalam isu KK Mart.
“Pengadu hanya berdiam diri dan tidak melayan lelaki tersebut sebelum membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan kata-kata ugutan suspek dan bimbang keselamatan ADUN berkenaan,” kata Christopher.
Tambahnya, siasatan awal mendapati, individu tersebut mengakui memberitahu kepada pengadu ketidakpuasan hati terhadap kenyataan dikeluarkan Akmal mengenai KK Mart.
“Bagaimanapun suspek yang mempunyai masalah kesihatan telah dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





