MCMC siasat individu didakwa muat naik kandungan palsu, jelik hina institusi kehakiman
CYBERJAYA – Seorang individu disiasat kerana disyaki memaut naik kandungan berunsur palsu dan jelik melampau membabitkan institusi kehakiman negara di media sosial.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini berkata, individu itu disiasat setelah pihankya menerima aduan berhubung kewujudan satu hantaran palsu berkait isu pelantikan ketua hakim negara di Instagram.
“Sesi rakaman percakapan ke atas individu berkenaan dijalankan di IPD Petaling Jaya pukul 2.30 petang tadi.
“Turut disita satu unit telefon bimbit dan satu unit kad sim,” kata kenyataan itu, hari ini
Menurut MCMC lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
“MCMC memandang serius terhadap penyebaran kandungan palsu dan jelik melampau yang menyentuh integriti institusi kehakiman negara.
“Penyalahgunaan media sosial untuk tujuan sedemikian boleh menggugat kepercayaan awam dan ketenteraman negara dan tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” kata kenyataan itu lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








