LUAR NEGARA

Lelaki ketagih permainan video tikam lima pengunjung kafe

ANKARA – Lima mangsa cedera dengan dua daripadanya berada dalam kritikal setelah ditikam remaja berusia 18 tahun ddalam satu kejadian di bandar Eskisehir, Turkiye, semalam (waktu tempatan).

Media tempatan menyebut, kesemua mangsa ditikam ketika sedang duduk di sebuah kafe di hadapan sebuah masjid dan suspek menyiarkan secara langsung kejadian itu di akaun media sosialnya.

Pihak berkuasa kemudiannya berjaya menahan lelaki tersebut yang dikenali sebagai Arda K.

Ketika ditahan, lelaki itu memakai topeng dan lengkap memakai vest kalis peluru dan bertopi keledar.

Sementara itu, Menteri Keluarga dan Perkhidmatan Sosial Mahinur Ozdemir Goktas, berkata punca kejadian itu ialah ketagihan permainan video, dan penyerang berada di bawah pengaruh permainan video perang.

“Saya berharap agar semua mangsa yang cedera dalam kejadian kejam ini cepat sembuh. Jelas menunjukkan kesan negatif permainan digital terhadap kesihatan anak-anak dan remaja kita,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button