Suspek kes tikam dua wanita direman tujuh hari
PETALING JAYA – Suspek yang disyaki menikam dua wanita termasuk seorang guru besar di tandas surau berhampiran sebuah sekolah agama di Kelana Jaya dekat sini Jumaat lalu, direman selama tujuh hari.
Perintah tahanan reman bermula hari ini hingga 19 Ogos itu dikeluarkan Majistret Natasya Montauddin di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Turut ditahan reman seorang lelaki 55 tahun, rakan kepada suspek.
Menurut polis, ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek berusia 46 tahun itu ditahan di rumah kenalannya di kawasan Kajang, pada kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.
Dalam kejadian tengah hari Jumaat lalu, seorang jurujual berusia 26 tahun cedera di kepala dan perut terkena tikaman manakala guru besar berusia 52 tahun mengalami luka pada lengan dan tangan kiri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





