Cemburu jadi punca gadis ditikam 61 kali
KOTA BHARU – Cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan seorang pelajar kolej berusia 19 tahun, yang mayatnya ditemui dengan 61 kesan tikaman di Ketereh, tengah malam kelmarin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya mengesyaki mangsa ditikam sehingga mati oleh teman lelakinya yang juga berusia 19 tahun, selepas berlaku salah faham.
“Polis percaya cemburu adalah motif pembunuhan mangsa, siasatan awal menunjukkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek yang membawa kepada kematiannya. Dia dipercayai ditikam ketika berada di dalam kereta suspek.
“Dengan penangkapan suspek utama ini, polis percaya kes pembunuhan ini sudah selesai,” katanya lapor BH Online.
Mohd Yusoff berkata, seorang lagi remaja yang ditahan dalam kes berkenaan adalah rakan mangsa.
Terdahulu, dua remaja lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian penuntut kolej wanita itu direman tujuh hari.
Dua lagi suspek masing-masing wanita berusia 60 tahun dan lelaki berusia 66 tahun direman tiga hari.
Semalam media melaporkan, mayat seorang wanita yang ditinggalkan di Ketereh, tengah malam kelmarin, mempunyai 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.
Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








