JENAYAH & MAHKAMAH
Kes tikam di sekolah: Suspek didakwa di mahkamah esok
PUTRAJAYA – Suspek kes tikaman di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya akan didakwa esok atas pertuduhan membunuh rakan sekolahnya.
Pejabat Peguam Negara (AGC) mengesahkan pihaknya telah meneliti kertas siasatan (IP) yang dikemukakan polis berhubung kematian pelajar berusia 16 tahun itu.

“Hasil semakan menyeluruh terhadap kertas siasatan mendapati terdapat asas yang mencukupi untuk mendakwa pelajar lelaki yang terlibat dalam insiden tersebut.
“Jabatan memutuskan untuk mendakwa pelajar terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” kata kenyataan itu, hari ini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





