
Penyanyi ditahan polis susulan dakwaan amang seksual terhadap remaja perempuan
SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor telah merakam percakapan seorang pelakon yang juga penyanyi lelaki dipercayai terlibat dalam kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan, dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini berkata, suspek yang berkenalan dengan mangsa beberapa bulan lalu telah membawa mangsa pertama kali ke sebuah hotel.
Menurut beliau, siasatan mendapati ini adalah kali pertama suspek membawa mangsa ke hotel selepas mereka berkenalan dan berhubung dalam tempoh anggaran satu hingga dua bulan.
Beliau menambah, mangsa yang berusia 17 tahun itu masih belajar dan suspek sudah pun ditangkap.
Percakapan suspek telah dirakam dan buat masa ini, suspek diberikan jaminan polis.
Kertas siasatan hampir lengkap dan pihak polis akan merujuk kes ini kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa seorang pelakon dan penyanyi lelaki terkenal ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan tersebut di sebuah hotel di Selangor.
Mangsa yang berusia 17 tahun itu dikatakan berkenalan dengan suspek di sebuah kafe tempatnya bekerja.
Selepas beberapa pertemuan, suspek membawa mangsa bertemu di sebuah hotel.
Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman turut mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu bahawa kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |
One Comment