BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

PDRM nafi khidmat dapatkan semula wang mangsa penipuan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan untuk mendapatkan semula wang yang telah ditipu, seperti yang diiklankan di media sosial baru-baru ini.

Polis tidak pernah tawar perkhidmatan dapatkan semula wang kes tipu

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali memaklumkan, iklan yang menggunakan nama dan logo rasmi PDRM itu adalah palsu serta satu cubaan yang bertujuan memperdaya orang ramai.

Iklan tersebut menggunakan nama ‘Royal Malaysian Police Commercial Crime Investigation Department (CCID)’ serta memaparkan logo rasmi PDRM untuk menimbulkan kepercayaan.

“Namun, perkhidmatan yang dinyatakan langsung tiada kaitan dengan JSJK,” katanya dalam satu kenyataan.

JSJK turut menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu atau organisasi untuk menguruskan sebarang urusan pemulangan wang akibat penipuan.

PDRM mengesan kewujudan iklan tersebut di platform Facebook dan menyifatkannya sebagai taktik licik sindiket untuk mengaburi mata masyarakat dengan menyalahgunakan identiti rasmi pasukan polis.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan sebarang iklan seumpama ini, dan tidak mudah percaya dengan tawaran perkhidmatan yang mengaitkan nama jabatan kerajaan tanpa pengesahan rasmi.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button