Polis siasat dakwaan anggotanya ugut wanita Taiwan
PETALING JAYA – Polis membuka kertas siasatan susulan dakwaan seorang wanita warga Taiwan yang mendakwa diperas ugut oleh anggota polis ketika melalui sekatan jalan raya di kawasan SS2, di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung dakwaan itu selepas satu hantaran dimuat naik oleh wanita terbabit di akaun Facebook miliknya pada jam 1.41 pagi kelmarin.
“Dalam hantaran tersebut, wanita berkenaan mendakwa dia telah ditahan dalam satu sekatan jalan raya sebelum diugut dan diperas oleh anggota polis terlibat.
“Susulan itu, siasatan dijalankan dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan pemerasan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut beliau, polis memandang serius dakwaan berkenaan dan memberi jaminan tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang mencemarkan imej pasukan.
Tambah beliau, siasatan telus dan menyeluruh akan dijalankan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







