Pandu Porsche lawan arus, lelaki 43 tahun serah diri
ISKANDAR PUTERI – Lelaki yang memandu kereta Porsche secara melawan arus ketika melalui sekatan jalan raya di Kilometer 6.5, Jalan Ismail Sultan, di sini, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Saifullah Jaya@Yahaya berkata, lelaki berusia 43 tahun itu turut menjalani ujian saringan air kencing yang didapati negatif.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jika disabitkan kesalahan, lelaki terbabit boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000, manakala lesen memandu juga boleh digantung untuk tempoh minimum lima tahun.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 12 saat memaparkan sebuah Porsche berwarna putih dipandu secara berbahaya ketika melalui sekatan jalan raya berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







