BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan lelaki, rampas lebih 1kg syabu di Temerloh

TEMERLOH – Polis menahan seorang lelaki dan merampas lebih satu kilogram (kg) dadah disyaki syabu dalam serbuan di kawasan Charuk Puting, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Mohd Nasyim Bahron berkata, serbuan kira-kira pukul 5 pagi itu dilaksanakan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh menerusi Op Tapis.

“Hasil serbuan, polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun serta merampas empat paket plastik berwarna merah jambu disyaki mengandungi dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan anggaran berat 1,024.63 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Nasyim, polis turut menyita sebuah kenderaan Honda HR-V berwarna kelabu yang dipercayai digunakan suspek, dengan jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan dianggarkan bernilai RM112,252.50.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan kini direman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesalahan itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 15 sebatan jika tidak dikenakan hukuman mati,” katanya.

Tambahnya, pihak polis akan terus mempergiatkan risikan serta tindakan membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah secara proaktif.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah diminta menghubungi IPD Temerloh di talian 09-2716222 atau melalui e-mel [kpdtemerloh@rmp.gov.my](mailto:kpdtemerloh@rmp.gov.my) atau mana-mana balai polis berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button