BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis tembak mati penjenayah dalam insiden berbalas tembakan di Dengkil

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai penjenayah, maut ditembak mati polis dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting – Dengkil, Dengkil, Selangor malam tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9) JSJ Bukit Aman terserempak sebuah Perodua Mayvi dinaiki seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan Dengkil pada pukul 8.10 malam tadi.

Katanya, pihaknya ketika itu melakukan operasi mengesan dan mencegah kejadian jenayah samun di sekitar kawasan Banting, Dengkil dan Sepang, Selangor.

“Ketika pasukan serbuan cuba menahan suspek, suspek tiba-tiba bertindak melepaskan tembakan dari dalam kenderaan ke arah pasukan polis. Polis kemudian membalas tembakan sehingga tiada ancaman keselamatan.

“Suspek disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki seorang lelaki warga tempatan, namun tiada sebarang pengenalan diri dijumpai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemui sepucuk senjata api jenis Colt 45, tujuh paket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah dan tiga butir peluru.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihaknya berhubung kes berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button