BERITA SEMASA

Bangunan didakwa penempatan Rohingya di Hulu Langat selesai dirobohkan

HULU LANGAT – Bangunan empat tingkat yang dibina secara tidak sah yang didakwa digunakan sebagai penempatan pelarian etnik Rohingya dekat Kampung Sungai Makau, di sini, selesai dirobohkan.

Perkara itu disahkan sendiri pemilik premis berkenaan menerusi satu hantaran hari ini, lapor BH Online.

Menurut maklumat dikongsi, fasa terakhir perobohan yang melibatkan bahagian hadapan flat berkenaan sudah dirobohkan, menandakan berakhirnya keseluruhan operasi peruntuhan struktur penempatan itu.

Tindakan drastik merobohkan keseluruhan struktur diambil susulan pelbagai isu berbangkit yang mencetuskan keresahan dalam kalangan komuniti tempatan sebelum ini.

Kawasan berkenaan sering dikaitkan dengan masalah kebanjiran warga asing, isu kebersihan kronik serta kacau ganggu ketenteraman awam.

Sebelum ini, premis berkenaan mencetus kontroversi hebat selepas beberapa klip video memaparkan kawasan persekitaran yang didominasi oleh etnik berkenaan tular sehingga menimbulkan kegusaran awam berhubung kewujudan ‘perkampungan haram’ warga asing di tengah-tengah kawasan bandar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button