BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan dua lelaki menyamar guna gelaran Datuk

SEREMBAN – Polis menahan dua lelaki yang disyaki menggunakan gelaran ‘Datuk’ bagi tujuan menipu mangsa di daerah ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, suspek ditahan petang semalam hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Seremban.

“Bertindak atas maklumat, hasil pemantauan dan risikan oleh Bahagian Risikan/Operasi BSJKD Seremban, kami membuat tangkapan ke atas dua suspek warga tempatan.

“Suspek masing-masing berusia 34 dan 50 tahun itu ditahan di sebuah restoran di dalam daerah Seremban,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek disyaki terbabit dalam kes penipuan menggunakan gelaran Datuk secara palsu.

Related Articles

Katanya, menerusi tangkapan, polis merampas empat unit telefon bimbit, dua kad ATM, dua kereta.

Turut dirampas peralatan seperti kad istana, cop rasmi istana, sijil pertubuhan, lambang adat dan istiadat serta kelengkapan pakaian istiadat dan kebesaran yang disyaki digunakan bagi tujuan kegiatan penipuan ini.

“Tangkapan ini direman selama empat hari bermula hai ini hingga 29 Sabtu ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button