Anggota PDRM terima Insentif Rebat RAHMAH
PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi menawarkan Insentif Rebat RAHMAH secara one-off kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Hari Polis ke-218, hari ini.
Insentif itu diberikan melalui kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menghargai pengorbanan anggota PDRM demi menjaga keselamatan negara.
Kementerian Komunikasi dalam kenyataannya berkata, anggota PDRM yang menggunakan pelan pascabayar (postpaid) akan menerima rebat dalam bentuk tanggungan bayaran bil selama satu bulan bermula April, Mei atau Jun bergantung pada kitaran bil penyedia perkhidmatan masing-masing.
Sementara itu, bagi anggota yang menggunakan pelan prabayar (prepaid), mereka akan mendapat tambah nilai minimum RM30 secara one-off.
Insentif yang memberi manfaat kepada lebih 127,000 anggota PDRM di seluruh negara itu melibatkan kerjasama syarikat telekomunikasi utama seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Tune Talk, redONE dan XOX.
Menurut kenyataan itu lagi, inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada aspirasi Kerajaan MADANI dalam menghargai dan mengiktiraf sumbangan anggota polis.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








