Calon SPM ditemui meninggal dunia di rumah sendiri
JELEBU – Seorang pelajar perempuan yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemukan meninggal dunia di dalam bilik rumahnya di Kuala Klawang, kelmarin.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 11.50 malam selepas pegawai perubatan Hospital Jelebu memaklumkan penemuan remaja berusia 17 tahun tersebut.
“Siasatan awal mendapati mangsa dijumpai dalam bilik pertama rumah teres setingkat yang menjadi kediaman keluarganya. Ketika ditemui, pintu bilik berkenaan dikunci dari dalam,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa. Selain itu, tiada tanda rumah digeledah atau barangan peribadi mangsa hilang.
“Prosedur bedah siasat telah dijalankan pada Ahad sekitar pukul 10 pagi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta menyinggung perasaan keluarga mangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








