PM arah polis semak isu larangan keluar negara Fahmi Reza.
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyemak isu larangan ke luar negara yang dikenakan terhadap aktivis yang juga artis grafik, Fahmi Reza.
Arahan itu dibuat susulan dakwaan Fahmi bahawa beliau telah disekat oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) daripada menaiki penerbangan ke Singapura di KLIA2, Sabtu lalu.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini turut mengarahkan pihak polis memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini.
“Kerajaan MADANI menjunjung tinggi kebebasan individu selagi mana ia tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada.
“Oleh itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini.
“Pejabat Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan ini dengan sewajarnya,” menurut kenyataan itu.
@Dija MT tlg pos saya xleh masuk web
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








