PDRM siasat dakwaan konspirasi jatuhkan kerajaan
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan polis berhubung dakwaan wujud cubaan untuk menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan sedang dijalankan susulan dakwaan melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan sebuah agensi media antarabangsa.
Menurut beliau, siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.
“Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.
“Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan siasatan dapat dilengkapkan dengan telus serta menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








